BILIK2

Thursday, March 31, 2011

Tanpa Cinta, Segalanya Tak Bernilai



Jika engkau bukan seorang pencinta, maka jangan pandang hidupmu adalah hidup. Sebab tanpa Cinta, segala perbuatan tidak akan dihitung pada Hari Perhitungan nanti. Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta, akan menjelma menjadi wajah yang memalukan dihadapanNya.

Burung-burung Kesedaran telah turun dari langit dan terikat pada bumi sepanjang dua atau tiga hari. Mereka merupakan bintang-bintang di langit agama yang dikirim dari langit ke bumi. Demikian pentingnya Penyatuan dengan Allah dan betapa menderitanya Keterpisahan denganNya.

Wahai angin, buatlah tarian ranting-ranting dalam zikir hari yang kau gerakkan dari Persatuan. Lihatlah pepohonan ini ! Semuanya gembira bagaikan sekumpulan kebahagiaan. Tetapi wahai bunga ungu, mengapakah engkau larut dalam kepedihan ? Sang lili berbisik pada kuncup : “Matamu yang menguncup akan segera mekar. Sebab engkau telah merasakan bagaimana Nikmatnya Kebaikan.”

Di manapun, jalan untuk mencapai Kesucian Hati adalah melalui Kerendahan Hati. Hingga dia akan sampai pada jawaban “YA” dalam pertanyaan : “Bukankah Aku ini Rabbmu ?”

Thursday, March 24, 2011

Ekstrimisme Dalam Agama



Ekstremisme ialah mengambil suatu langkah secara melulu, terburu-buru dan melampaui batas serta mendadak yang mana semuanya adalah terang-terangan bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam. Ia juga membawa maksud pembawaan mereka yang membuat sesuatu kerana mengejar nama atau supaya kepentingan dirinya tidak terluput dengan sebab ditakuti ketibaan ajalnya dengan mengejut atau terjadi sesuatu perkara yang di luar dugaan.


6 Petanda Bagi Sifat Melampau (Ekstremisme) Dalam Agama

1. Taasub (Keras Kepala) Kepada Pendapat Sendiri




Kedegilan seseorang atau taasubnya seolah-olah dia sahajalah yang hidup manakala orang lain dianggapnya sebagai tiada, yg beerti ia adalah berfikiran beku (jumud) dan sikap bekunya ini tidak membukakan matanya untuk melihat kepentingan-kepentingan majmuk atau sasaran agama atau keadaan-keadaan semasa di samping tidak memberi peluang langsung untuk orang lain mengemukakan pendapat dalam dialog yang dapat menimbangkan pendapat-pendapat dari kedua belah pihak untuk menyaring satu-satu pendapat yang nyata kuat hujah dan buktinya.

2. Berpegang kemas dengan yang sukar dan yang berat



Berpegang kuat dengan yang sukar dan berat tidak mahu berganjak sedikitpun padahal terang-terangan terdapat faktor-faktor yang mewajibkan kelonggaran, sambil memaksa orang lain pula mengikuti jejaknya sedangkan Allah swt sendiri tidak mewajibkan ke atas mengambil pakai qaul yang keras dan berat dalam satu-satu masalah agama didorong perasaan warak dan langkat ihtiat (langkah bercermat).



Sabda Rasulullah saw :

يسروا ولا تعسروا وبشروا ولا تنفروا

: Mudahkanlah dan jangan kamu memayahkan, gembirakanlah dan jangan kamu meliarkan.


Namun begitu boleh juga diterima sikap seseorang yang memberatkan dirinya sendiri dalam soal-soal agama dengan hanya mengamalkan azaim yakni fadhu pada asalnya tanpa mengamalkan kelonggaran-kelonggaran yang dibenarkan (rukhsah) asalkan tidak memaksa orang ramai mengikutinya, tanpa menghiraukan bahawa tindakannya itu mendatangkan kesukaran kepada mereka dalam soal-soal agama dan duniawi mereka. Sedangkan sifat yang menjadi amalan baginda Saw menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang tidak baik dan meringankan beban-beban dan merungkai belenggu yang dahulunya mengikat mereka.


3. Bertindak Keras Bukan Pada Tempatnya



Berkeras kepala bukan pada tempatnya dan tidak kena pada masanya seperti bukan dalam negeri yang dianggap sebagai negeri Islam atau wilayah di mana Islam mempunyai sepenuhnya kedaulatan atau dilakukan terhadap sesuatu golongan yang baharu sahaja memeluk Islam atau baharu bertaubat. Seharusnya berlembut dan longgar dalam keadaan furu’ . Apa yang mesti dipentingkan ialah perkara-perkara prinsip.


4. Kekerasan Dan Kekasaran



Melahirkan kekerasan dalam berkira-bicara, menggunakan cara-cara yang kasar dalam berdakwah bertentangan petunjuk Allah dan tunjuk ajar Baginda SAW. Kekasaran dan kekerasan dibenarkan dalam 2 tempat:

i) ketika ditengah-tengah pertempuran perang dan menentang musuh kerena menjadi suatu hukum militari yang berjaya bertindak keras dengan musuh sehingga masa tamat perang dan kedamaian wujud. Firman Allah:
قاتلوا الذين يلونكم من الكفار وليجدوا فيكم غلظة

maksudnya: perangilah mereka yang sekitar kamu dari orang-orang kafir dan hendaklah mereka rasa kekasaran dari tindakan kamu.



ii) Dalam melaksanakan hukum had yang ditetapkan oleh syarak ke atas mereka yang terbukti kesalahannya kerana tidak ada tempat bagi perasaan belas kasihan dalam menjalankan hukum-hukum Allah di bumi. Firman Allah:

ولا تأخذكم بهما رأفة فى دين الله ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر

maksudnya: dan janganlah kamu merasa belas kasihan pada agama Allah kalau sebenar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.


5. Jahat Sangka Terhadap Manusia




Antara ciri-ciri lain ekstremis ialah bejahat sangka kepada orang lain

dan memandang kepada mereka dengan kaca mata hitam. Kebaikan-kebaikan mereka dipendapkan dan keburukan-keburukan mereka diperbesarkan. Firman Allah:

يأيهالذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم

maksudnya: Wahai orang-orang beriman jauhilah kamu daripada banyak sangkaan sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.


Seseorang Islam yang sebenar tidak sekali-kali terpedaya dengan amalannya. Dia amat bimbang amalan-amalannya rosak dan hampa dengan sebab tutur katanya dan amalan buruknya yang menghapuskan pahala amal solehnya. Firman Allah:

والذين يؤتون ما أتاو وقلوبهم وجلة أنهم الى ربهم راجعون

maksudnya: dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.



6. Jatuhnya ke dalam Gaung Kafir –Mengkafir




Sifat ekstremis akan sampai kepada had penghabisannya apabila dia berani tuduh orang lain kafir yang beerti darah dan harta bendanya halal dicerobohi dan tidak memndang bahawa baginya pembelaan dan kehormatan yang dibenarkan dalam Islam. Hal yang demikian merupakan kemuncak bagi sifat melampau atau ekstrimis atau fanatik iaitu telah memisahkan satu golongan orang-orang Islam dari saudara-saudara mereka muslim yang lain.


Hal ini perndah berlaku kepada golongan Khawarij dalam sejarah islam dahulu. Mereka kuat beribadah, berpuasa, solat malam dan membaca al-Quran tetapi mereka telah ditimpa kerosakan pemikiran sedangkan pusat batin mereka terserlah dengan cahaya.







Yusof Al-Qaradhawi



Rujukan: Ekstrisme Agama

Yayasan Islam Terengganu


Oleh: Fahrul Irfan Ishak

Penggosok Hati

Adalah disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah." Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain.

Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadah dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadah-ibadah itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.

Oleh itu sebahagian ulama tasawuf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah zikir qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH buat selama-lamanya.

Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadah kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir mahu pun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pencinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.

Wednesday, March 23, 2011

Belajar Dari Orang "Gila".

Shaykh Junayd Baghdadi pergi untuk jalan-jalan keluar Baghdad. Murid-murid mengikutinya.Shaykh bertanya ttg Bahlul, "bagaimana kabar Bahlul yang gila?".Mereka menjawab, “Dia adalah orang gila, apa yang anda perlukan dari dia?”.“bawalah aku kepadanya dia, kerana aku ada perlu dengan nya.”

Para murid mencari Bahlul dan menemukannya di padang pasir. Mereka membawa Shaykh Junayd kepadanya , ketika Shaykh Junayd pergi mendekati Bahlul, Beliau melihat Bahlul dalam keadaan gelisah dengan batu bata ada diatas kepalanya (posisi kepala dibawah )

Shaykh mengucapkan salam

Bahlul menjawab dan bertanya, “Siapakah Anda? ”

” Saya Junayd Baghdadi.”

Bahlul bertanya, “Apakah Anda Abul Qasim?”

“Ya, betul!” jawab Shaykh

Bahlul bertanya lagi ” Apakah Anda Shaykh Baghdadi yang memberikan orang-orang Petunjuk spiritual? ”

“Ya!” kemudian Bahlul bertanya ” Tahukah Anda bagaimana cara makan?”

“Ya!” Saya mengucapkan Bismillah (Dengan mengucap nama Allah SWT). Saya makan yang paling dekat dengan saya, Saya mengambil gigitan kecil,meletakkannya di sisi kanan dari mulut saya, dan mengunyah pelan-pelan. Saya tidak nampak ke gigitan yang lain. Saya mengingat Allah SWT saat makan. Untuk sebutir apapun yang saya makan, Saya mengucap Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah SWT). Saya mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.”

Bahlul berdiri, meggerakkan pakaiannya pada Shaykh, dan berkata, ” Anda ingin menjadi pemimpin spiritual dunia tapi Anda tidak pun mengetahui bagaimana cara makan.” setelah mengucapkannya, dia langsung pergi.

Para Murid Shaykh berkata, “O Shaykh! Dia orang yang gila. ”

Shaykh menjawab, "Dia adalah orang gila yang sangat pandai dalam berucap. dengarkan pernyataan yang benar dari nya".

Setelah mengucapkan Beliau pergi dibelakang Bahlul, dan berkata, ” Saya ada perlu dengan Bahlul.”

Ketika Bahlul mencapai bangunan yang berdebu, dia duduk. Junayd mendekatinya.

Bahlul bertanya, “Siapakah Anda?”

” Shaykh Baghdadi yang tidak mengetahui bagaimana cara makan.”

” Anda tidak mengetahui bagaimana makan, tapi apakah Anda tahu bagaimana berbicara?”

“Ya”

” Bagaimana anda berbicara ?”

” Saya berbicara secara umum dan langsung pada pokok masalah. Saya tidak berbicara terlalu tinggi atau terlalu banyak. Saya berbicara sehingga para pendengar dapat mengerti. Saya memanggil semua orang didunia untuk kembali ke Allah dan RasulNya. Saya tidak berbicara terlalu banyak sehingga semua orang akan bosan. Saya memperhatikan kedalaman pengetahuan spiritual dan yang umum.

kemudian dia menggambarkan apapun yang berhubungan dengan Adab dan etika

Bahlul berkata, “Lupakan soal makan, Anda pun tidak mengetahui bagaimana berbicara.”

Bahlul berdiri, menggerakkan pakaiannya pada Shaykh dan pergi

Para murid berkata, “O Shaykh! Anda lihatkan, dia orang yang gila. Apa yang Anda harapkan dari orang yang gila!”

Shaykh berkata, ” Saya ada perlu dengan dia. Kalian tidak tahu.”

Sekali lagi Beliau pergi setelah Bahlul sampai Beliau menjumpainya.

Bahlul bertanya, “Apa yang Anda inginkan dari saya? Anda yang tidak mengetahui Adab makan dan bicara, apakah Anda mengetahui bagaimana cara untuk tidur?”

” Ya, saya tahu.”

” Bagaimana cara tidur?” Bahlul bertanya

” Ketika saya selesai sholat Isya’ dan membacakan permohonan, saya pakai baju tidur saya.”

Kemudian beliau menggambarkan adab-adab tidur yang sudah diterima oleh beliau dari Orang-orang yang telah belajar agama.

Bahlul kemudian berkata : ” Saya mengerti bahwa Anda pun tidak mengetahui juga bagaimana untuk tidur.”

Dia ingin berdiri, tapi Junayd menangkap memegang pakaian nya dan berkata, O Bahlul! Saya tidak mengethuinya; Demi kecintaan kepada AllahSWT ajari saya.

Bahlul berkata ” Anda mengklaim pengetahuan dan berkata bahwa anda tahu sehingga Saya mencegah Anda. sekarang Anda mengakui ketiadaan pengetahuan Anda, Saya akan mengajari Anda.”

“Tahu apapun yang Anda utarakan itu adalah tidak penting.”

” Kebenaran dibalik memakan makanan yang Anda makan menurut hukum adalah sepotong demi sepotong. Jika Anda makan makanan yang dilarang juga, dengan seratus adab, hal itu tidak akan menguntungkan Anda, tapi bisa menjadi alasan untuk menghitamkan hati.”

” Semoga Allah memberkati Anda pahala yang sangat besar.” ucap Shaykh.

Bahlul melanjutkan, Hati haruslah bersih, dan memiliki niat yang baik sebelum Anda mulai bicara. dan pembicaraan Anda haruslah menyenangkan Allah SWT. Jika itu untuk segala urusan dunya atau pekerjaan yang sia-sia, maka apapun yang Anda ekspresikan, akan menjadi bencana bagi Anda. Itulah sebabnya diam dan tenang adalah yang terbaik.”

“Apapun yang Anda ucapkan tentang tidur juga tidak penting. Kebenarannya adalah bahwa hati Anda seharusnya bebas dari permusuhan, cemburu, dan kebencian. Hati Anda seharusnya TIDAK rakus untuk dunia ini atau kekayaanya, dan ingatlah Allah SWT ketika akan tidur.

Shaykh Junayd kemudian mencium tangan Bahlul dan berdoa untuk nya.

Para murid yang menyaksikan kejadian ini, dan yang telah berfikir bahwa Bahlul gila, melupakan tindakannya dan memulai hidup baru.