BILIK2

Showing posts with label Tasawwuf. Show all posts
Showing posts with label Tasawwuf. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Bergegaslah ke Masjid! Merebut Harta Warisan Nabi s.a.w !!




Pada suatu ketika, Abu Hurairah pernah keluar untuk pergi ke pasar, kemudian dia berkata, "Wahai para pedagang! Cepatlah kalian pergi ke masjid. Sesungguhnya harta warisan Nabi s.a.w sedang dibahagikan di sana!!. Mendengar itu, para pedagang pun segera bergegas ke masjid, tetapi ketika sampai di sana, mereka tidak menemukan sesuatu harta pun. Maka mereka berkata, "Kami tidak meneukan suatu apapun!?".Abu hurairah berkata. "Bagaimana hal itu boleh terjadi?".Mereka menjawab,"Kami telah masuk ke dalam masjid, tetapi kami tidak menemukan sesuatu apapun." Abu Hurairah berkata lagi, "lalu apa yang kamu temukan?". Mereka menjawab, "Kami dapati beberapa orang yang sedang berzikir kepada Allah s.w.t". Abu Hurairah berkata lagi, "Mereka itulah harta warisan Nabi s.a.w!!"..

Cepatlah! Bergegaslah ke masjid! Cintailah ia! Berzikirlah didalamnya! Jadilah harta warisan Rasulullah s.a.w!!.

Wallahuwaliyuttaufiq..

Monday, April 11, 2011

Uzlah Orang Biasa..

"TIADA SESUATU YANG SANGAT BERGUNA BAGI HATI SEBAGAIMANA UZLAH UNTUK MASUK KE MEDAN TAFAKUR"
Alhikam-12, Sheikhuna Ibnu Athaillah Assakandari.

Dalam kehidupan ini, manusia tidak lepas dari sebarang permasalahan. Seringkali, bila selesai sesuatu masalah, masalah lain menyusuli. Terkadang manusia dalam mencari solusi terhadap masalah yang melanda, timbul pula masalah optional, rantaian dari masalah pokok, iaitu kebuntuan aqal dalam mencari solusi masalah.

Doktor kadangkala buntu aqalnya bila berhadapan dgn penyakit yang jarang ditemui. Guru merasa rimas dan buntu dalam mendidik pelajarnya menggapai pelangi kejayaan. Si ayah luluh jiwanya mengenangkan kenakalan dan buruk adab sang anak. Pekerja pejabat merasakan stress dengan timbunan kerja yang melelahkan. Ketua negara tak mampu melelapkan mata kerana masalah negaranya belum selesai. Student universiti, dalam menyelesaikan kerja kursus yang diamanahkan oleh pensyarah, terkadang menemui kebuntuan untuk menyiapkan kerja kursus tersebut. Para saintis pula buntu aqalnya bila berhadapan dengan sesuatu yang diluar logik aqalnya. Ini merupakan contoh-contoh masalah yang dihadapi segelintir manusia. Masing-masing dengan permasalahan tersendiri.

Ketahuilah bahawa kerunsingan,resah gelisah , luluh jiwa dan stress yang dihadapi dalam menghadami masalah kehidupan adalah berpunca dari kebuntuan aqal dan hati yang sentiasa berbolak balik. Yang mana hati itu sememang fitrahnya sentiasa berbolak balik. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:"Sesungguhnya hati itu terlebih dahsyat bolak baliknya daripada periuk yang berada di atas api, bilamana menggelegak sesuatu didalamnya".


Kalam Hikmah dari Sheikhuna Ibnu Athaillah As Sakandari diatas memberi petunjuk kepada orang yang gagal mencari jawapan dengan kekuatan akalnya. Yang tidak tenang hatinya. Jalan yang disarankan ialah uzlah atau mengasingkan diri dari orang ramai. Jika dalam suasana biasa akal tidak mampu memecahkan kubu kebuntuan, dalam suasana uzlah, hati mampu membantu akal untuk bertafakur, merenungi perkara-perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal kerana pengaruh luaran ketika berada dalam kehidupan seharian dan menjalankan aktiviti kebiasaan.

Apakah itu Uzlah?

Umumnya, pengertian uzlah itu dari sudut bahasa ialah menjauh dan menghindar dari sesuatu (ta'azzala anissyai'i).Muhammad Abdullah Darraz dalam bukunya 'Dustur al-Akhlaq fi al-Quran' berpendapat bahwa uzlah merupakan pengasingan diri yang dilakukan oleh seseorang ke tempat sunyi,di dalam kota ataupun di luar. Hal ini dilakukan kerana menurutnya penduduk kota tidak berprilaku baik, sehingga boleh membuatkannya terjebak dan terpengaruh,jika tidak menghindarinya. Uzlah yang dilakukan tidaklah berlaku selamanya, iaitu apabila sudah merasa mantap dan bersedia untuk kembali pada masyarakat, maka ia harus kembali.

Pada pengertian ini haruslah difahami, bahawa uzlah ialah suatu cara untuk menenangkan kecelaruan hati dan aqal seseorang yang berpunca dari pengaruh keadaan setempat, yang penuh dengan kepelbagaian ragam manusia sekelilingnya yang boleh mempengaruhi jiwa dan aqal untuk cenderung kepada unsur-unsur negatif.Dimana, unsur-unsur negatif inilah yang membawa segala masalah dan kebuntuan aqal dalam menanganinya.

Pembahagian Uzlah

Dalam konsep tasawwuf yang menurutku lebih dekat pada pengertian uzlah. uzlah itu ialah:

" Sunyi dengan Allah dalam kesibukan dunia, Sibuk dengan Allah dalam kesunyian dunia"

Dalam pengertian ini, uzlah dibahagikan kepada dua bahagian.


1.Uzlah hati (sunyi dengan Allah dalam kesibukan dunia)

Secara fizikalnya kita tidak mengasingkan diri dari orang ramai, bahkan kita selalu hadir dalam aktiviti hidup seharian kita dan aqal kita tetap bekerja bersama orang lain sebagaimana biasa, namun hati kita harus tetap sunyi dari itu semua. Hati kita harus tetap sunyi, yang ada hanyalah ingatan kita kepada Allah. Jadi uzlah kita dalam kesibukan dunia adalah dengan mengosongkan hati dari kesibukan dunia itu sendiri sehingga menjadi sunyi dan hanya Allah yang hadir di dalamnya, sehingga sunyinya adalah bersama Allah. Semestinya, seharusnya dan idealnya uzlah yang seperti itu berjalan terus menerus tanpa batasan waktu sebagaimana para arifin yang telah mencapai kekekalan dalam penyaksian mereka kepada Allah.


2. Uzlah hati dan jasad (sibuk dengan Allah dalam kesunyian dunia)

Ketika seseorang sedang bersendirian, berada di suatu tempat yang sepi, sejenak menarik diri dari kesibukan atau pun memang sengaja berniat uzlah dengan mengasingkan diri [dengan syarat,izin dan petunjuk dari guru yang mursyid] maka ketika dalam kesunyian itu, hatinya harus sibuk dengan mengingati Allah di dalamnya. Dalam kesunyian itu, di sana pasti selalu ada Allah disamping anggota tubuh menjalani ibadah-ibadah yang zahir seperti solat,membaca AlQuran berzikir dan lain-lain. Hati dan jasad 'bekerja' untuk Tuhan seia sekata, tanpa ada kerja yang lain daripada ibadah, yang tidak dapat dilakukan ketika berada dalam keramaian manusia.

Uzlah hati dan jasad ini adalah yang menepati apa yang dikehendaki oleh Sheikhuna Ibnu Athaillah dalam kalam hikmah ini. Aktiviti uzlah ini bukanlah uzlah sebagai satu cara hidup yang berterusan tetapi ia adalah satu bentuk latihan kerohanian bagi memantapkan rohani agar akalnya dapat menerima pancaran Nur Qalbi kerana tanpa sinaran Nur Qalbi tidak mungkin akal dapat memecahkan kebuntuan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi para sufi, uzlah membantu jiwa dan aqal bagi memahami hal-hal ketuhanan yang halus-halus, bagi memperolehi iman dan tauhid yang hakiki

Natijah Uzlah

Natijah atau faedah uzlah menurutku dapat dirasakan pada dua keadaan. Pertama, ketikamana sedang menjalani penguzlahan. Antaranya sepertimana yang disebutkan oleh Imam Alghazali dalam kitabnya yang masyhur iaitu 'Ihya Al Ulumuddin',iaitu hati menjadi tenteram dan senang menjalankan hak-hak pengabdian tanpa ada unsur-unsur luar yang mengganggu perjalanan ibadah. Selain itu, diri ini dapat terhindar dari dari melakukan larangan-larangan Allah yang biasanya dilakukan oleh orang ramai disebabkan pergaulan seperti riya’, mengumpat meninggalkan perintah membuat kebajikan dan menjauhi dari melakukan kemungkaran, meniru-niru tabiat dan akhlak yang buruk atau perbuatan-perbuatan yang jelek dari kawan-kawan yang jahat atau seumpamanya.

Kerana perkara-perkara sebegitulah yang menjauhkan kita daripada Allah. 'Jauh dari Allah', itulah sebenar-benarnya punca segala masalah. Inilah sebab utama yang mengakibatkan kebuntuan dalam menangani masalah kehidupan.Sedangkan Allah SWT telah berfirman yang bermaksud " Tidaklah Allah memberatkan diri (seseorang itu) kecuali barang apa yang mampu ditanggungnya"(AlBaqarah:286)

Natijah kedua yang dapat dirasai setelah kembali kepada kehidupan kebiasaan selepas menjalani latihan penguzlahan. Dengan latihan uzlah yang berkualiti, menghasilkan hati dan aqal yang bercahaya, disimbahi nur keimanan. Hati yang sangat tenteram, tenang dan damai. kerana disana (hati) berada 'beserta' Tuhannya. Latihan kerohanian dan amal ibadah yang dijalani dalam uzlah, memberi bekas padanya (hati). Dengan hati dan aqal yang sebegini, bila kembali kepada kehidupan sehariannya, dapatlah menghadapi segala permasalahan hidup. hati menjadi tetap dengan pendirian. Aqal pula melangkah ketahap kewarasan yang mutlak,mampu bertafakkur membuat perkiraan yang bernas dan penuh berhikmah, kerana Nur Ilahi menjadi sumber kepada ketajaman aqal dan ketenangan hati.

Begitulah kekuatan dan kebijaksanaan yang lahir dari latihan semasa uzlah. Tanpa latihan dan persiapan yang cukup seseorang tidak dapat masuk ke dalam medan tafakur aqalnya dalam keadaan yang tenteram. Orang yang masuk ke dalam medan ini tanpa persediaan dan kekuatan akan menemui kebuntuan. Jika dia masih juga merempuh tembok kebuntuan itu dia akan berisiko besar jatuh ke dalam jurang kegilaan.

Uzlah Kita...Orang Biasa

Orang yang insaf dan menyedari akan kepentingan uzlah akan mengikuti jalan yang dipelopori oleh Rasulullah s.a.w dan diikuti oleh para sahabat ini iaitu memisahkan diri dengan semua jenis kesibukan terutamanya pada satu pertiga malam yang akhir.Ini adalah salah satu uslub kita beruzlah. Disiang hari, kita sibuk menjalani kehidupan sehari-hari, bekerja memenuhi keperluan untuk hidup didunia. Dimalam hari, kita bersunyi-sunyian dengan Allah S.W.T. Bertahajjud, berzikir, berdoa.Ketika itu, Tidak ada hubungan dengan orang ramai. Tidak dikunjung dan tidak mengunjungi. Tidak ada surat khabar, radio dan televisyen. Tidak ada perhubungan dengan segala sesuatu kecuali perhubungan dengan Allah s.w.t.


Kita juga sebagai nanusia,yang beriman kepada Allah diperingatkan supaya mengurangkan kecenderungan hati berhubungan dengan kehidupan dunianya semata-mata dan menumpukan hubungan hati kepada Allah s.w.t . kerana inilah kunci dalam menyelesaikan segala kebuntuan. Lihat saja Rasulullah SAW dan para Sahabat R.anhum. Hati mereka tidak berpisah lagi dengan Allah s.w.t setelah memperolehi iman, walau jasad mereka sibuk mengurus permasalahan dunia. Mereka mampu menyelesaikan masalah dengan tenang kerana hati mereka disimbahi Nur Ilahi. Kesibukan menguruskan urusan harian tidak membuat mereka lupa kepada Allah s.w.t walau satu detik pun.Pendek kata, Jasad bersama insani, Hati bersama Ilahi.

Kepenatan dan keletihan sememangnya adat dalam melaksanakan pengabdian.Sememangnya memerlukan mujahadah yang berterusan. Namun ingatlah akan janji Allah pada firmanNya yang bermaksud: "Sekiranya kamu menolong Allah (pada urusan agama), nescaya Allah akan menolong kamu..". Dalam firmanNya lagi maksudnya:"Dan (orang beriman) yang bersungguh-sungguh atas (jalan) Kami, pastilah akan Kami bukakan jalan-jalan (rahsia-rahsia) Kami..".

Maka..Jika kamu memikirkan tentang dirimu dan menyedari tujuan hidupmu sebagai hamba, maka beruzlahlah!. Jika kamu memikirkan tentang dirimu dan menyedari tugasmu sebagai khalifah yang memakmurkan bumi ini dan menyelesaikan sekalian masalah diri dan umat manusia, maka beruzlahlah!.Kerana..."TIADA SESUATU YANG SANGAT BERGUNA BAGI HATI SEBAGAIMANA UZLAH UNTUK MASUK KE MEDAN TAFAKUR"

Thursday, March 31, 2011

Tanpa Cinta, Segalanya Tak Bernilai



Jika engkau bukan seorang pencinta, maka jangan pandang hidupmu adalah hidup. Sebab tanpa Cinta, segala perbuatan tidak akan dihitung pada Hari Perhitungan nanti. Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta, akan menjelma menjadi wajah yang memalukan dihadapanNya.

Burung-burung Kesedaran telah turun dari langit dan terikat pada bumi sepanjang dua atau tiga hari. Mereka merupakan bintang-bintang di langit agama yang dikirim dari langit ke bumi. Demikian pentingnya Penyatuan dengan Allah dan betapa menderitanya Keterpisahan denganNya.

Wahai angin, buatlah tarian ranting-ranting dalam zikir hari yang kau gerakkan dari Persatuan. Lihatlah pepohonan ini ! Semuanya gembira bagaikan sekumpulan kebahagiaan. Tetapi wahai bunga ungu, mengapakah engkau larut dalam kepedihan ? Sang lili berbisik pada kuncup : “Matamu yang menguncup akan segera mekar. Sebab engkau telah merasakan bagaimana Nikmatnya Kebaikan.”

Di manapun, jalan untuk mencapai Kesucian Hati adalah melalui Kerendahan Hati. Hingga dia akan sampai pada jawaban “YA” dalam pertanyaan : “Bukankah Aku ini Rabbmu ?”

Thursday, March 24, 2011

Penggosok Hati

Adalah disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah." Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain.

Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadah dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadah-ibadah itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.

Oleh itu sebahagian ulama tasawuf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah zikir qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH buat selama-lamanya.

Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadah kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir mahu pun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pencinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.

Monday, February 21, 2011

Nur Ilahi


Alam ini pada hakikatnya adalah gelap. Alam menjadi terang kerana ada kenyataan Allah s.w.t padanya. Misalkan kita berdiri di atas puncak sebuah bukit pada waktu malam yang gelap gelita. Apa yang dapat dilihat hanyalah kegelapan. Apabila hari siang, matahari menyinarkan sinarnya, kelihatanlah tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menghuni bukit itu.

Kewujudan di atas bukit itu menjadi nyata kerana diterangi oleh cahaya matahari. Cahaya menzahirkan kewujudan dan gelap pula membungkusnya. Jika kegelapan hanya sedikit maka kewujudan kelihatan samar. Sekiranya kegelapan itu tebal maka kewujudan tidak kelihatan lagi. Hanya cahaya yang dapat menzahirkan kewujudan, kerana cahaya dapat menghalau kegelapan.

Jika cahaya matahari dapat menghalau kegelapan yang menutupi benda-benda alam yang nyata, maka cahaya Nur Ilahi pula dapat menghalau kegelapan yang menutup hakikat-hakikat yang ghaib. Mata di kepala melihat benda-benda alam dan mata hati melihat kepada hakikat-hakikat. Banyaknya benda alam yang dilihat oleh mata kerana banyaknya cermin yang membalikkan cahaya matahari, sedangkan cahaya hanya satu jenis sahaja dan datangnya dari matahari yang satu jua.

Begitu juga halnya pandangan mata hati. Mata hati melihat banyaknya hakikat kerana banyaknya cermin hakikat yang membalikkan cahaya Nur Ilahi, sedangkan Nur Ilahi datangnya dari nur yang satu yang bersumberkan Zat Yang Maha Esa...=)

Saturday, January 8, 2011

Tanbih (Tariqah Qadiriyyah wa Naqsyabandiyyah)


Tanbih

Tanbih ini dari Syaekhuna Almarhum Syaikh Abdullah Mubarok bin Nur Muhammad yang bersemayam di Patapan Suryalaya Kajembaran Rahmaniyah.
Sabda beliau kepada khususnya segenap murid-murid pria maupun wanita, tua maupun muda :

“Semoga ada dalam kebahagiaan, dikaruniai Allah Subhanahu Wata’ala kebahagiaan yang kekal dan abadi dan semoga tak akan timbul keretakan dalam lingkungan kita sekalian.
Pun pula semoga Pimpinan Negara bertambah kemuliaan dan keagungannya supaya dapat melindungi dan membimbing seluruh rakyat dalam keadaan aman, adil dan makmur dhohir maupun bathin.
Pun kami tempat orang bertanya tentang Thariqah Qadiriyah Naqsabandiyah, menghaturkan dengan tulus ikhlas wasiat kepada segenap murid-murid : berhati-hatilah dalam segala hal jangan sampai berbuat yang bertentangan dengan peraturan agama maupun negara.
Ta’atilah kedua-duanya tadi sepantasnya, demikianlah sikap manusia yang tetap dalam keimanan, tegasnya dapat mewujudkan kerelaan terhadap Hadlirat Illahi Robbi yang membuktikan perintah dalam agama maupun negara.

Insyafilah hai murid-murid sekalian, janganlah terpaut oleh bujukan nafsu, terpengaruh oleh godaan setan, waspadalah akan jalan penyelewengan terhadap perintah agama maupun negara, agar dapat meneliti diri, kalau kalau tertarik oleh bisikan iblis yang selalu menyelinap dalam hati sanubari kita.

Lebih baik buktikan kebajikan yang timbul dari kesucian :

1. Terhadap orang-orang yang lebih tinggi daripada kita, baik dlohir maupun batin, harus kita hormati, begitulah seharusnya hidup rukun dan saling menghargai.
2. Terhadap sesama yang sederajat dengan kita dalam segala-galanya, jangan sampai terjadi persengketaan, sebaliknya harus bersikap rendah hati, bergotong royong dalam melaksanakan perintah agama maupun negara, jangan sampai terjadi perselisihan dan persengketaan, kalau-kalau kita terkena firman-Nya “Adzabun Alim”, yang berarti duka-nestapa untuk selama-lamanya dari dunia sampai dengan akhirat (badan payah hati susah).
3. Terhadap oarang-orang yang keadaannya di bawah kita, janganlah hendak menghinakannya atau berbuat tidak senonoh, bersikap angkuh, sebaliknya harus belas kasihan dengan kesadaran, agar mereka merasa senang dan gembira hatinya, jangan sampai merasa takut dan liar, bagaikan tersayat hatinya, sebaliknya harus dituntun dibimbing dengan nasehat yahng lemah-lembut yang akan memberi keinsyafan dalam menginjak jalan kebaikan.
4. Terhadap fakir-miskin, harus kasih sayang, ramah tamah serta bermanis budi, bersikap murah tangan, mencerminkan bahwa hati kita sadar. Coba rasakan diri kita pribadi, betapa pedihnya jika dalam keadaan kekurangan, oleh karena itu janganlah acuh tak acuh, hanya diri sendirilah yang senang, karena mereka jadi fakir-miskin itu bukannya kehendak sendiri, namun itulah kodrat Tuhan.

Demikanlah sesungguhnya sikap manusia yang penuh kesadaran, meskipun terhadap orang-orang asing karena mereka itu masih keturunan Nabi Adam a. s. mengingat ayat 70 Surat Irso yang artinya :

“Sangat kami mulyakan keturunan Adam dan kami sebarkan segala yang berada di darat dan di lautan, juga kami mengutamakan mereka lebih utama dai makhluk lainnya.”

Kesimpulan dari ayat ini, bahwa kita sekalian seharusnya saling harga menghargai, jangan timbul kekecewaan, mengingat Surat Al-Maidah yang artinya :

“Hendaklah tolong menolong dengan sesama dalam melaksanakan kebajikan dan ketaqwaan dengan sungguh-sungguh terhadap agama maupun negara, sebaliknya janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan terhadap perintah agama maupun negara".

Adapun soal keagamaan, itu terserah agamanya masing-masing, mengingat Surat Al-Kafirun ayat 6 :”Agamamu untuk kamu, agamaku untuk aku”,
Maksudnya jangan terjadi perselisihan, wajiblah kita hidup rukun dan damai, saling harga menghargai, tetapi janganlah sekali-kali ikut campur.
Cobalah renungakan pepatah leluhur kita:
“ Hendaklah kita bersikap budiman, tertib dan damai, andaikan tidak demikian, pasti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna”. Karena yang menyebabkan penderitaan diri pribadi itu adalah akibat dari amal perbuatan diri sendiri.
Dalam surat An-Nahli ayat 112 diterangkan bahwa :

“Tuhan yang Maha Esa telah memberikan contoh, yakni tempat maupun kampung, desa maupun negara yang dahulunya aman dan tenteram, gemah ripah loh jinawi, namun penduduknya/ penghuninya mengingkari nikmat-nikmat Allah, maka lalu berkecamuklah bencana kelaparan, penderitaan dan ketakutan yang disebabkan sikap dan perbuatan mereka sendiri”.

Oleh karena demikian, hendaklah segenap murid-murid bertindak teliti dalam segala jalan yang ditempuh, guna kebaikan dlohir-bathin, dunia maupun akhirat, supaya hati tenteram, jasad nyaman, jangan sekali-kali timbul persengketaan, tidak lain tujuannya “ Budi Utama-Jasmani Sempurna “ (Cageur-Bageur).
Tiada lain amalan kita, Thariqah Qadiriyah Naqsabandiyah, amalkan sebaik-baiknya guna mencapai segala kebaikan, menjauhi segala kejahatan dhohir bathin yang bertalian dengan jasmani maupun rohani, yang selalu diselimuti bujukan nafsu, digoda oleh perdaya syetan.

Wasiat ini harus dilaksanakan dengan seksama oleh segenap murid-murid agar supaya mencapai keselamatan dunia dan akhirat.
Amin.

Patapan Suryalaya, 13 Pebruari 1956
Wasiat ini disampaikan kepada sekalian ikhwan



(KH.A Shohibulwafa Tadjul Arifin)

Kehadiran Hati Dalam Kebersamaan Ilahi


Sheikhuna (guru kami), Sheikh Yusuf Al-Hasani pernah berkata: “Garis pemisah yang membezakan antara zikir dan kelalaian ialah: kehadiran hati bersama Allah s.w.t. (hudur maa Allah).”

Sesungguhnya, rasa zikir itu sendiri ialah, mengingati Allah s.w.t.. Ia bermula dengan zikir lisan (menyebut nama Allah s.w.t. dengan lidah), seterusnya zikir hati (kehadiran hati bersama Allah s.w.t.) dan seterusnya zikir sirr (bersama dalam musyahadah Allah s.w.t. dan kebersamaanNya setelah fana).

Imam Ibn Athoillah As-Sakandari r.a. berkata: “Kamu zikir dengan lisan tanpa kehadiran hati bersama Allah s.w.t. itu lebih baik daripada kamu meninggalkan zikir sama sekali. Boleh jadi, dengan zikir lisan tanpa kehadiran hati tersebut, akan membawa kepada zikir dengan kehadiran hati setelah itu.”

Seseorang yang sudah merasai kelazatan zikir (mengingati Allah s.w.t.) dalam muroqobah (kewaspadaan hati terhadap pandangan Allah s.w.t. kepadanya), akan sentiasa ingat kepadaNya walaupun tanpa lidah yang menyebut namaNya. Ini merupakan suatu zikir zauqi (dalam bentuk perasaan) di mana seseorang itu rasa diawasi oleh Allah s.w.t.. Inilah yang dipanggil dengan kehadiran hati bersama Allah s.w.t..

Ia merupakan natijah daripada perpindahan Ismullah (nama Allah s.w.t.) ke dalam hati seterusnya diterjemahkan dalam bentuk kebersamaan denganNya secara muroqobah (kewaspadaan). Pada tahap ini, akal memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersamaan dalam muroqobah tersebut. Hati pula memainkan peranan dalam menyebut namaNya secara sirr (dari sudut hati) dan lidah pula, digunakan untuk menguatkan rasa kebersamaanNya tersebut, tatkala menyebut namaNya.

Kehidupan ini antara kelalaian dan kehadiran hati bersamaNya. Setiap kelalaian akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t. dan setiap kehadiran hati akan menghampirkan kita kepadaNya.

Ketenangan hati, kebahagiaan hidup dan kelapangan jiwa hanyalah ada pada seseorang yang sentiasa dalam kebersamaanNya, samada dengan muroqobah (kewaspadaan terhadap pandangan Allah s.w.t. terhadap dirinya) ataupun dengan musyahadah (menyaksikan Allah s.w.t. dalam kebersamaanNya) yang merupakan kemuncak kebersamaan denganNya.

Allah s.w.t. berfirman: “Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. Ingat itu tempatnya ialah dalam pemikiran dan hati. Lisan sebagai pembantu agar membentuk ingatan kepadaNya di dalam akal dan seterusnya di dalam hati.

Apa yang penting, sentiasalah menghampirkan diri denganNya dalam rangka mengingatiNya. Lakukanlah ketaatan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan kepadaNya, kerana ikhlas merupakan jambatan utama dalam membentuk hubungan kebersamaan denganNya. Ramai orang beramal, tetapi tanpa ikhlasan, sehingga amal tersebut tidak mampu membuatkannya lebih menghampiri Allah s.w.t., bahkan menjauhkannya daripadaNya. Ini kerana, dia beramal kerana ianya sudah menjadi kebiasaan baginya. Maka, ibadat itu baginya sekadar adat. Apabila sedemikian, maka kelazatan dalam beribadah tidak dirasai, kerana ibadah yang dilakukan pada hakikatnya, bukan untuk Allah s.w.t., tetapi untuk dirinya sendiri, samada untuk melegakan hati takkala merasa diri tidak membuat kewajiban, tetapi bukan menumpukan amalan kepada Allah s.w.t., yang menjadi matlamat ibadah dan seluruh kehidupannya.

Jadi, apabila ibadahnya terbantut kepada adat semata-mata, ia semakin mengkaburi hakikat kawujudan dirinya. Walaupun dari sudut syariat, dia sudah menunaikan ketaatan, tetapi rahsia syariat, iaitu kelazatan dalam ketaatan, tidak dikecapinya kerana syariat itu dilakukan sebagai adat. Jadi, ikhlaslah dan jujurlah dalam beribadah kepadaNya, semoga dengan itu, akan menjadi jambatan menuju ke kebersamaanNya dengan bantuanNya.

Seseorang yang ingin mengingati seseorang atau sesiapa sahaja, pasti dia akan selalu bertemu dan berbicara dengannya. Jadi, sesiapa yang ingin terus mengingati Allah s.w.t., maka hendaklah dia selalu bertemuNya dalam solat, dan selalu mendengar bicaraNya daripada firman-firmanNya yang kita baca. Bacalah Al-Quran selalu, dengan niat untuk mendengar apa yang Allah s.w.t. ingin sampaikan atau bicarakan kepada kita setiap hari. Dengan niat tersebut, bukalah lembaran Al-Quran dan bacalah di mana sahaja lembaran yang dirasakan kuat keinginan untuk membacanya. Pada ketika itu, dengan niat sebegitu, insya Allah, lafaz-lafaz Al-Quran yang kita baca, menjadi permulaan bagi interaksi antara kita dengan Allah s.w.t.. Akhirnya, Allah s.w.t.-jika Dia kehendaki- akan mencampakkan perasaan atau zauq yang lebih mendalam, terhadap kefahaman ayat-ayat yang dibaca, seolah-olah ayat-ayat tersebut ditujukan khas untuk kita yang membaca.

Dengan hal sedemikian, seseorang dapat menguatkan lagi ikatan hubungan kehambaanNya. Lakukan ketaatan dengan penuh rasa diperhatikanNya, keranaNya, nescaya, pada ketika itu, akan bertambah kuat rasa kerinduan untuk bertemu denganNya dalam kebersamaanNya. Jadikan amalan itu kehambaan kita kepadaNya, bukan sebagai pembina status diri dalam pandangan diri sendiri (contoh, solat banyak untuk rasa diri telahpun solat banyak. Bila baca Al-Quran, untuk rasa diri baik kerana baca Al-Quran dan sebagainya). Lakukanlah segalanya kerana Allah s.w.t. dan untukNya, nescaya akan terbit kehadiran hati bersamaNya. Itulah hakikat zikir dalam kehidupan seseorang hamba, kepada Tuhannya.

Wallahuwalyyutaufiq

Nukilan: Al Fadhil Ust Mukhlis

Mencintai...Dicintai

Merasakan ‘dekat’ dengan Khaliq,satu ahwal (rasa) yg sgt kompleks. Payah dicari, sukar diperolehi. Walaupun bergedung2 ilmu didada, belum tentu mencapai kedekatan ini. Jika kita perhalusi keadaan kita, terutama kita yg mendalami ilmu agama, terkadang terlepas pandang terhadap usaha utk meraih kedekatan ini. Maka sebab itulah kita lihat, ada yg memperdagangkan agama, ada yg hanya pandai bercakap ttg agama,bahkan ilmu agama yg dipelajari bagi sesetengah orang hanyalah sebagai modal utk mendapat sanjungan orang, meraih kedudukan tinggi, memenangi perdebatan dan yg sewaktu dengannya. Alangkah ruginya! bersusah payah mempelajari ilmu agama semata-mata untuk tujuan yg sedemikian. ‘Sesat dalam terang’ kata orang.

Dekat mengiringi erti kasih,sayang,rindu, cinta. Mereka yang berkasih, jika berjauhan merasai dekat dengan kekasihnya. Walaupun jauh dipandangan mata. Jika berhampiran, mereka saling merindui walau sering bertemu setiap hari.Saya secara peribadi terkesan dengan hadith Nabi SAW yg bermaksud: ” Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman: “Brg siapa yg berbuat aniaya bagiKu seorang wali Allah, nescaya Aku benarkanlah bagi memeranginya. Tiadalah berhampir diri kepada hambaKu dengan suatu yg sgt2 Aku kasihi (melainkan) daripada apa yg Aku fardhukan atasnya, dan melazimi hambaku menghampirkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan ‘nafil’ (sunat), hingga Aku kasih akan ia…...”. ( Riwayat Bukhari ).

Antara penjelasan hadith ini ialah, Keutamaan menunaikan ibadah yg dituntut (diwajibkan) oleh Allah SWT mendahului ibadah yg sunat. kerana ia adalah hak kehambaan kita terhadap Allah SWT. tidak boleh tidak, kena laksanakan. Syarat utama pengakuan keimanan seseorang kepada Allah SWT. Tanda mutlak kita hamba, dan Allah Tuhan kita.

Menunaikan suruhan yg wajib, sememangnya kewajipan kita sebagai hambaNya yg beriman. Justeru, bagaimana pula dgn amalan yg sunat? kebanyakan daripada kita terlepas pandang akan nilai amalan sunat ini. Malah terungkap dari lidah sesetengah org; “Alaah.. yg ni sunat saja, tak buat pun takpe..” sedangkan amalan-amalan nawafil (sunat) juga disebutkan dlm hadith ini. Yang merupakan tanda cinta hamba kepada Tuhannya. Sehinggalah Allah pun mengasihinya.

Seorang majikan mempunyai dua orang pekerja. sama pangkat, sama gaji mereka berdua. disuruh kepada kedua orang pekerja tersebut membeli durian dipasar malam. pekerja pertama membeli durian yg bagus dan terus dipersembahkan kepada majikannya. pekerja kedua pula juga membeli durian untuk majikannya. dibeli ditempat yg sama, duriannya sama bagus kualitinya dengan yg pertama, tetapi pekerja itu mengeluarkan dahulu isinya, diletakkan di sebuah piring yg bersih kemudian barulah dipersembahkan pada majikannya disediakan pula dengan minuman dan air utk mencuci tangan. Kedua-dua pekerja itu telah melaksanakan tanggungjawab mereka. tinggal lagi pekerja yg kedua ada menambahkn piring, air mencuci tangan dan minuman. Jelas menunjukkan kasih sayang pekerja itu kepada tuannya. berbanding dengan yg satu lagi. Justeru, tidak layakkah ia memperolehi kasih sayang tuannya?.

Begitulah seseorang hamba yang mengasihi Allah. Disamping menunaikan hak kehambaan, diiringi pula hadiah yang bertatahkan permata cinta. Iaitulah amalan nawafil. bersolat (solat sunat), membaca Alquran, berpuasa, berzikir. Tanpa mengharapkan balasan, tanpa kepentingan apa-apa, melainkan untuk meraih kedekatannya dengan Allah. Supaya suatu masa nanti ia dapat melihat Allah, cinta agungnya. Walaupun ganjaran demi ganjaran dijanjikan Allah kepada hamba yg melakukan sesuatu amalan, ‘demi kerana cinta’ itulah sebab utama. Inilah niat paling luhur, Tahap keikhlasan paling tinggi dalam mengerjakan sesuatu amalan.Maka layaklah ia memperolehi cinta Allah.

Kesimpulannya, apabila kita mencintai Allah, maka pasti diri kita dicintai. Jika cinta makhluk ada penamatnya, samada gembira, atau kecewa. Tapi mencintai Allah pasti dibalasNya dengan cinta yang tiada batasan. Cinta yang ada permulaan, tapi tiada padanya pengakhiran.Demikian inilah nilai sebenar amalan-amalan sunat. Teramat mahal dan tidak boleh dipandang enteng. Menjadi bukti cinta kasih seseorang hamba kepada Allah. Sehinggalah Allah pun mengasihinya.

Wallahuwaliyuttaufiq

Qurbah Islamic Centre
man_7071@yahoo.com

Thursday, January 6, 2011

zikrullah secara menari-nari?


SOALAN : Bolehkah laku zikrullah secara menari-nari?

SELESAI satu ceramah di masjid kami, dalam isu zikrullah ada seorang bertanya penceramah, bolehkah majlis zikrullah dilakukan dalam keadaan berdiri dan menari-nari macam bekhayal-khayalan seperti yang pernah dilakukan oleh sesetengah golongan tarikat sufi. Penceramah tersebut secara spontan menjawab: Rasa saya itu adalah haram, mana boleh zikrullah yang begitu murni dicampurkan dengan tarian, tarian itu haram. Kami menjadi keliru, minta pandangan Dato̢۪, terima kasih.

JEMAAH RAGU,
Sepang

JAWAPAN oleh Dr Harun Din:

SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

Kadang-kadang ada yang mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-A̢۪llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu ‘alam.

Wednesday, January 5, 2011

Taman Syurga di Dunia

“Apabila kamu melalui Taman Syurga, maka ikutlah atau masuklah kamu padanya. Bertanya salah seorang sahabat: Apakah Taman Syurga itu, ya Rasulullah? Sabda Rasul: Yaitu Halqah-halqah dzikir (lingkaran orang berzikir)”. (HR. Imam Tarmizi).


Rasulullah SAW menggambarkan lingkaran (halaqah) orang berzikir sebagai Taman Syurga yang sangat indah, penuh ketenangan dan kedamaian , mengalir segala rahmat dan kurnia Allah SWT. Kenapa lingkaran orang berzikir di ibaratkan sebagai Taman Syurga? Kerana disaat mata terpejam, kepala pun tertunduk untuk merendahkan diri dengan serendah-rendahnya kepada Allah SWT yang Maha Agung lagi Maha Perkasa, lidah terasa kelu tanpa mengucapkan sepatah kata pun, hanya hati yang terus bergetar, dimulai dengan ucapan astaghfirullah sebagai wujud permohonan ampun kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang kita lakukan baik yang kita sedari maupun yang tidak kita sedari, barulah kemudian hati kita bergetar berzikir ALLAH, ALLAH. Seluruh anggota badan ikut merasakan getaran dahsyat dari keagungan Kalimah Allah.


Keindahan zikir dalam lingkaran dibawah bimbingan ‘Waliyyammursyida’ tidak mampu digambarkan dengan kata-kata, zikir yang selalu dinaungi oleh Nur Allah beserta segenap Para malaikat-Nya sebagaimana dalam sebuah hadith :


Apabila duduk suatu kaum mengucapkan dzikir ALLAH, maka melingkungi akan mereka malaikat-malaikat dan meliputi akan mereka Rahmat dan turut atas mereka SAKINAH (ketenangan jiwa) dan ALLAH menyebut mereka pada sisi-Nya”. (HR. Imam Muslim)


Zikir yang senantiasa dikelilingi oleh para Malaikat ini lah selalu dirasakan oleh orang-orang yang intensif berzikir selama 10 hari dalam iktikaf dan suluk dan tentu akan menghasilkan jiwa yang tenang, jiwa yang kelak bila saatnya telah tiba akan dipanggil kembali oleh Allah SWT untuk kembali kepada-Nya.


Marilah kita semua untuk selalu memperbanyak zikir kepada Allah SWT, karena sesungguhnya zikir itu adalah perintah Allah SWT sebagai firman-Nya :


Dan ingatlah Tuhan mu sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah di waktu petang-petang dan pagi-pagi (Q.S. Al-Ahzab, 41-42).


Barang siapa yang tidak mengingat AKU, dia akan mendapat kehidupan yang sulit dan di akhirat akan dikumpulkan sebagai orang buta” (Q.S. Thaha, 124)


Siksaanlah bagi orang yang engkar hatinya mengingat ALLAH, orang-orang itu dalam kesesatan yang nyata” (Q.S. Azzumar, 22)


Zikir bukan sahaja dapat menghilangkan penyakit hati akan tetapi juga mampu menyembuhkan penyakit-penyakit zahir yang kadang tidak mampu ditangani oleh doktor seperti penyakit AIDS/HIV, Kanser ganas, Leukimia, bahkan juga sebagai terapi untuk menyembuhkan penyakit mental dan orang yang ketagihan dadah.


Allah SWT telah memberikan jaminan kepada orang-orang yang selalu mengamalkan zikir untuk terlepas dari berbagai malapetaka dan bencana sebagaimana tersebut dalam sebuah hadith:

Tidak memberi mudharat apa-apa yang dibumi dan tidak pula di dilangit bagi orang yang beserta dengan nama-Nya” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).


Bahkan Allah SWT juga memberikan jaminan kepada manusia bahawa dunia tidak kiamat selagi masih ada orang yang berzikir menyebut nama-Nya sebagai mana tersebut dalam hadith berikut :

Tiada akan datang Kiamat, kecuali kalau dimuka bumi tidak ada lagi yang menyebut (berzikir) Allah, Allah, Allah” (HR. Muslim)


Disaat seorang hamba berzikir didalam lingkaran (Taman Syurga), bertawajuh dibawah pimpinan seorang Guru Mursyid yang dalam dadanya telah tersalur Nur Ilahi, seluruh badan digetarkan oleh gelombang Zikir Kalimah Allah yang maha dasyat yang dapat memusnahkan segala jenis penyakit dan mengembalikan fungsi tubuh secara zahir dan mententeramkan hati.


Namun begitu, zikir yang bisa menyelesaikan semua masalah hidup bukanlah zikir sekadar ucapan lidah, akan tetapi zikir yang mengandungi rasa takut dan harap yang sebenar2 jujur kehadrat Allah SWT. Maka zikir yang dilantunkan oleh lidah selari dengan zikir yang dibenamkan ke hati sanubari.Maka barulah ketenangan sepertimana yang Allah janjikan akan menyelimuti hati kita oleh kerana benarnya lisan kita berzikir, selari dgn batin kita. Sepertimana lidah yang tidak mampu berbohong atas kelazatan sesuatu hidangan,bila hati merasakan sedap, maka lidah mengakuinya


Itulah sebabnya kenapa lingkaran zikir digambarkan oleh Rasulullah SAW sebagai Taman Syurga, karena sesungguhnya Syurga itu berada disisi Allah SWT, maka disaat berzikir rohani kita pada hakikatnya telah berada disisi Allah SWT, rohani kita berada di Taman Syurga-Nya yang sangat indah dan damai. Sering-seringlah kita singgah di Taman Syurga semasa kita hidup didunia sebagaimana anjuran Rasulullah agar kelak di akhirat kita bisa masuk kedalam Surga

Wallahuwaliyuttaufiq


'Sahabat' Allah

Setiap orang seharusnya berusaha menjadi ‘sahabat’ ( menjadi hamba yang dekat denganNya) Allah, kerana Tuhan tidak pernah menolak para hamba dari mendekati-Nya. Alasan utama mendatangi majlis Ilmu dan Zikir, mendalami ilmu-ilmu agama adalah untuk menyiapkan diri meraih kedekatan itu. Namun,perlu diingati,tidak seorangpun dapat menjadi ‘sahabat’ Tuhan tanpa menjadi sahabat bagi semua hamba-hamba-Nya (Para nabi dan rasul, khususnya Nabi Muhammad SAW,para sahabatnya, dan pewarisnya Rasul SAW iaitu ulama’). Adalah mudah mengaku sebagai sahabat Tuhan, tetapi tidak mudah menjaga keselarasan dengan sesama manusia. Pencapaian kedekatan dengan ‘jiwa-jiwa’ para Kekasih Tuhan adalah bukti kehambaan seseorang kepada Tuhan.

Mungkin saat ini, selama kamu berada di majlis Ilmu dan
Zikir, merasakan kedekatan kamu dengan Allah kerana didampingi teman sesama pencari kebenaran. Namun ketika kembali ke tempat asal akan merasa susah, kerana berada bersama mereka yang terkadang tidak mengerti. Maka ingatlah! Bila seseorang hamba telah menjadi sahabat Tuhan, semua orang akan menjadi sahabatnya. Berhasilnya pencapaian kedekatan ini adalah sebuah tanda pengakuan yang berasal dari Hadrat Ilahi. Yang dimaksudkan bukanlah ketika secara zahir menjadi menarik atau tertarik pada mereka, bahkan ketertarikan melalui hati yg murni.

Guruku pernah bercerita padaku tentang kisah sepohon bunga di India yang tumbuh hanya di tempat-tempat yang tidak terjangkau dan anehnya selalu dikelilingi oleh ular-ular. Bunga-bunga itu menghasilkan wangi yang amat kuat, dan siapa yang mengenakan wangian dari bunga tersebut akan dicintai oleh semua orang. Lalu aku katakan: “Guruku, izinkanlah saya pergi mencari bunga itu”.

Namun jawapan beliau: “Nazim Effendi, tak perlu engkau ke sana. Sepanjang kamu bermuraqabah (waspada) akan Tuhan-mu setelah tengah malam (walaupun hanya sebentar) maka Allah akan menganugerahimu dengan sebuah daya tarik yang banyaknya 70 kali lebih kuat dari wangi bunga itu. Bahkan jika kamu hanya bangun di akhir-akhir waktu malam ketika yang lain masih tertidur dan bahkan tidak mengerjakan solat, maka keajaiban akan muncul dan kamu akan penuh daya tarik seperti wangi bunga itu”.

Siapapun yang bangun pada waktu-waktu itu akan meraih
perhatian Tuhannya, karena di waktu-waktu itu, Tuhan mencari permohonan ampun hamba-hamba-Nya untuk diampunkan dosa mereka, meredhai mereka, bahkan melimpahkan rahmat kepada mereka . Untuk itu sahutlah sarananku untuk bangun beberapa saat di sepertiga malam, Walaupun hanya 5 minit saja. Anda harus
mujahadah (bersungguh), juga dengan keadaan suci / wudhu’, lalu katakan pada Tuhanmu: Ya Tuhanku, datanglah padaku karena aku tidak mampu mendatangi-Mu. Do’a semacam itu cukup untuk memberi kamu perlindungan penuh sepanjang hari itu dan menjadikan kalian sebagai seorang ‘sahabat’ yang ditemani Tuhan.

Manusia melangkaui hari-harinya yang datang dan pergi, dan di malam hari mereka kembali pada kekasih hatinya. Sedangkan Tuhan meminta kamu untuk bersama-Nya saja, bahkan hanya untuk 5 minit daripada sekalian waktu kita yang digunakan untuk tidur atau bersenang-senangan. Siapa yang kembali pada Tuhannya di malam hari akan merasakan Allah itu dekat dan mampu pula pasrah pada-Nya walaupun di saat-saat waktu yang terberat sekalipun.

Intipati dari tazkirah Sheikh Nazim Al Haqqani, Ulama’

besar Kepulauan Cyprus.