BILIK2

Thursday, March 24, 2011

Ekstrimisme Dalam Agama



Ekstremisme ialah mengambil suatu langkah secara melulu, terburu-buru dan melampaui batas serta mendadak yang mana semuanya adalah terang-terangan bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam. Ia juga membawa maksud pembawaan mereka yang membuat sesuatu kerana mengejar nama atau supaya kepentingan dirinya tidak terluput dengan sebab ditakuti ketibaan ajalnya dengan mengejut atau terjadi sesuatu perkara yang di luar dugaan.


6 Petanda Bagi Sifat Melampau (Ekstremisme) Dalam Agama

1. Taasub (Keras Kepala) Kepada Pendapat Sendiri




Kedegilan seseorang atau taasubnya seolah-olah dia sahajalah yang hidup manakala orang lain dianggapnya sebagai tiada, yg beerti ia adalah berfikiran beku (jumud) dan sikap bekunya ini tidak membukakan matanya untuk melihat kepentingan-kepentingan majmuk atau sasaran agama atau keadaan-keadaan semasa di samping tidak memberi peluang langsung untuk orang lain mengemukakan pendapat dalam dialog yang dapat menimbangkan pendapat-pendapat dari kedua belah pihak untuk menyaring satu-satu pendapat yang nyata kuat hujah dan buktinya.

2. Berpegang kemas dengan yang sukar dan yang berat



Berpegang kuat dengan yang sukar dan berat tidak mahu berganjak sedikitpun padahal terang-terangan terdapat faktor-faktor yang mewajibkan kelonggaran, sambil memaksa orang lain pula mengikuti jejaknya sedangkan Allah swt sendiri tidak mewajibkan ke atas mengambil pakai qaul yang keras dan berat dalam satu-satu masalah agama didorong perasaan warak dan langkat ihtiat (langkah bercermat).



Sabda Rasulullah saw :

يسروا ولا تعسروا وبشروا ولا تنفروا

: Mudahkanlah dan jangan kamu memayahkan, gembirakanlah dan jangan kamu meliarkan.


Namun begitu boleh juga diterima sikap seseorang yang memberatkan dirinya sendiri dalam soal-soal agama dengan hanya mengamalkan azaim yakni fadhu pada asalnya tanpa mengamalkan kelonggaran-kelonggaran yang dibenarkan (rukhsah) asalkan tidak memaksa orang ramai mengikutinya, tanpa menghiraukan bahawa tindakannya itu mendatangkan kesukaran kepada mereka dalam soal-soal agama dan duniawi mereka. Sedangkan sifat yang menjadi amalan baginda Saw menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang tidak baik dan meringankan beban-beban dan merungkai belenggu yang dahulunya mengikat mereka.


3. Bertindak Keras Bukan Pada Tempatnya



Berkeras kepala bukan pada tempatnya dan tidak kena pada masanya seperti bukan dalam negeri yang dianggap sebagai negeri Islam atau wilayah di mana Islam mempunyai sepenuhnya kedaulatan atau dilakukan terhadap sesuatu golongan yang baharu sahaja memeluk Islam atau baharu bertaubat. Seharusnya berlembut dan longgar dalam keadaan furu’ . Apa yang mesti dipentingkan ialah perkara-perkara prinsip.


4. Kekerasan Dan Kekasaran



Melahirkan kekerasan dalam berkira-bicara, menggunakan cara-cara yang kasar dalam berdakwah bertentangan petunjuk Allah dan tunjuk ajar Baginda SAW. Kekasaran dan kekerasan dibenarkan dalam 2 tempat:

i) ketika ditengah-tengah pertempuran perang dan menentang musuh kerena menjadi suatu hukum militari yang berjaya bertindak keras dengan musuh sehingga masa tamat perang dan kedamaian wujud. Firman Allah:
قاتلوا الذين يلونكم من الكفار وليجدوا فيكم غلظة

maksudnya: perangilah mereka yang sekitar kamu dari orang-orang kafir dan hendaklah mereka rasa kekasaran dari tindakan kamu.



ii) Dalam melaksanakan hukum had yang ditetapkan oleh syarak ke atas mereka yang terbukti kesalahannya kerana tidak ada tempat bagi perasaan belas kasihan dalam menjalankan hukum-hukum Allah di bumi. Firman Allah:

ولا تأخذكم بهما رأفة فى دين الله ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر

maksudnya: dan janganlah kamu merasa belas kasihan pada agama Allah kalau sebenar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.


5. Jahat Sangka Terhadap Manusia




Antara ciri-ciri lain ekstremis ialah bejahat sangka kepada orang lain

dan memandang kepada mereka dengan kaca mata hitam. Kebaikan-kebaikan mereka dipendapkan dan keburukan-keburukan mereka diperbesarkan. Firman Allah:

يأيهالذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم

maksudnya: Wahai orang-orang beriman jauhilah kamu daripada banyak sangkaan sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.


Seseorang Islam yang sebenar tidak sekali-kali terpedaya dengan amalannya. Dia amat bimbang amalan-amalannya rosak dan hampa dengan sebab tutur katanya dan amalan buruknya yang menghapuskan pahala amal solehnya. Firman Allah:

والذين يؤتون ما أتاو وقلوبهم وجلة أنهم الى ربهم راجعون

maksudnya: dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.



6. Jatuhnya ke dalam Gaung Kafir –Mengkafir




Sifat ekstremis akan sampai kepada had penghabisannya apabila dia berani tuduh orang lain kafir yang beerti darah dan harta bendanya halal dicerobohi dan tidak memndang bahawa baginya pembelaan dan kehormatan yang dibenarkan dalam Islam. Hal yang demikian merupakan kemuncak bagi sifat melampau atau ekstrimis atau fanatik iaitu telah memisahkan satu golongan orang-orang Islam dari saudara-saudara mereka muslim yang lain.


Hal ini perndah berlaku kepada golongan Khawarij dalam sejarah islam dahulu. Mereka kuat beribadah, berpuasa, solat malam dan membaca al-Quran tetapi mereka telah ditimpa kerosakan pemikiran sedangkan pusat batin mereka terserlah dengan cahaya.







Yusof Al-Qaradhawi



Rujukan: Ekstrisme Agama

Yayasan Islam Terengganu


Oleh: Fahrul Irfan Ishak

2 comments:

  1. eheh islam penuh dgn kasih sayang.. ekstrimis dlm b'agama ni memang xpatut ada..

    ReplyDelete