BILIK2

Monday, January 17, 2011

HIDAYAH & TAUFIQ

Assalamualaikum…

Alhamdulillah wassyukrulillah.

Dengan Hidayah dan Taufik Allah SWT, kita mengenal Allah SWT. Tuhan kita,Pencipta kita, Yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana, Yang Maha mengetahui, Maha Halus(Lembut), dan pada tiap2 sesuatu, Dialah Yang Maha Mengetahui baik dan buruknya.

Dengan Hidayah Dan Taufik Allah, Kita kenal Rasulullah, Utusan Allah. Yang mana melaluinya (Rasulullah) dikeluarkan kita drpd kesesatan. Melalui baginda, dikeluarkan kita dari kejahilan. Melalui baginda, dikeluarkan kita daripada keluh kesah, resah gelisah , sesak dada disebabkan tiada beragama benar. Melalui baginda juga lah, Allah SWT mengangkat darjat umat manusia selepas kelahiran baginda menjadi sebaik2 umat, dan dikurniakan keistimewaan berupa syafaat baginda Rasulullah SAW pada hari ‘kegemparan’ (Kiamat) kpd mereka yang terpilih.

Dengan Hidayah dan Taufik Allah SWT, hati ini terdorong untuk melakukan kebaikan, terdidik untuk tidak menurut bisikan nafsu dan syaitan, terpandu kearah jalan yang selamat dan sejahtera, iaitu Islam agama yang diredhai. dengan hidayah dan taufik jugalah, hati kita hidup bercahaya dengan cahaya keimanan, walaupun kekelilingi dengan suramnya kegelapan kemaksiatan batin yang sentiasa saja cuba untuk menelan cahaya tersebut. Ini semua adalah bantuan daripada Allah SWT.

Dengan Hidayah dan Taufik Allah SWT, aku kenal diriku. seorang hamba yang faqir, hina dan lemah. jika bukan kerana Tuhanku lah menghadiahkan aku Hidayah dan Taufik, maka sudah tentu aku terus berada dalam keadaan faqir,hina dan lemah. Dan mungkin aku akan terus terhimpit dilorong kesesatan yang gelap, sempit, kotor dan busuk.

Maka wajiblah aku bersyukur padaMu Ya Allah. Syukur padaMu ya Allah.. Mudah-mudahan Engkau tidak putus-putus memberikan hidayah dan taufik.

ILLAHI…ANTA MAQSUDI WARIDHAAKA MATHLUBI. A’THINI MAHABBATAKA WAMA’RIFATAKA
.

No comments:

Post a Comment